PERHATIAN! PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH PERLUKAN SOKONGAN ANDA.

LOKAL SAPOT LOKAL

Apa Lokal Sapot Lokal ni?

Lokal Sapot Lokal (LSL) merupakan satu bentuk penajaan secara telus hasil kerjasama antara Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi membuka peluang dan ruang kepada seluruh anak Kedah menjadi penaja rasmi kepada Pasukan Bola Sepak KDA FC.

Dengan kadar nilai yang rendah, tapi semangat yang tinggi, rakyat negeri Kedah bersatu hati membantu pasukan negeri ini mencapai era kegemilangan yang berterusan.

LSL satu jenama baru yang dibina atas semangat kenegerian yang mampu melonjakkan nama Kedah di mata dunia melalui sukan bolasepak, sukan no. 1 di dunia.

LSL bukanlah atas dasar keuntungan semata-mata, tetapi satu langkah pro-aktif KAKB membantu perjalanan pasukan KDA FC sendiri di samping menjemput mana-mana penyumbang bernaung di bawah satu bumbung “ANAK KEDAH”

Dari

Kedah

Untuk

Kedah

KENAPA PERLU BANTU?

LSL diuruskan sepenuh oleh Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) sebagai rakan strategik membantu mengumpul dana bagi KDA FC selain membantu memasarkan dan mempromosikan KDA FC sebagai salah satu pasukan terbaik dalam kancah Liga Super Malaysia.

Inisiatif ini tak lain tak bukan membangkitkan semangat cintakan negeri Kedah. Tiada siapa lagi yang bantu selain diri kita sendiri sebagai rakyat negeri Kedah.

KAKB menjemput semua rakyat negeri Kedah secara perseorangan dan syarikat-syarikat di negeri Kedah membantu KDA FC. Sense-of-belonging. Percaya dan Cinta kepada negeri kita.

PULUN KEDAH PULUN
BIAR JASA JADI KENANGAN

KEDAH YANG DICINTAI

Semangat Pulun Kedah Pulun mestilah bergema tiap kali kita bersama pasukan kita. Tunjukkan semangat, padukan jiwa, laungkan panji-panji sokongan kita kepada pasukan KDA FC.

SEMANGAT ANAK KEDAH TIADA BATASAN

Semangat inilah yang membantu pasukan KDA FC mencapai zaman kegemilangan yang hebat. Kita ulang kembali sejarah negeri kita di mata pasukan lawan. Ditakuti dan digeruni sehingga kita mencapai kejayaan.

SAYANG NEGERI, SAYANG KDA FC

Ibarat ibu dan bapa kepada kita. Negeri inilah ibu kita dan KDA FC inilah bapa kita. Julanglah semangat ini hingga generasi kita bangga dengan kita melalui suka bolasepak ini.

Ybhg. Tan Sri
Dr. Mohd Daud Bin Bakar

Pemilik Kedah Darul Aman FC

“Membina Impian Mengupaya Legasi – Bola sepak dan negeri Kedah ibarat isi dengan kuku, terlalu dekat di hati penyokong-penyokong rakyat Kedah”

“Lokal Sapot Lokal – Jika bukan kita anak-anak Kedah sendiri yang bantu negeri Kedah, siapa lagi akan bantu?”

“Dari Kedah Untuk Kedah – Sekarang sudah tiba masanya untuk anak-anak Kedah menyumbang balik kepada negeri Kedah tercinta”

 

AYUH BERSAMA, TABURKAN JASA, TUNAIKAN CITA.

Pada tarikh 6 Disember 2023, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Rakan Strategik antara KDA FC dan Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB). Pihak pengurusan KAKB telah bersetuju untuk menjalin usahasama dengan KDA FC bagi membantu urusan pemasaran KDA FC. Jalinan kerjasama ini melibatkan aspek perniagaan melalui strategi pemasaran mampan yang akan menjana pendapatan dan menyumbang kepada pendanaan operasi KDA FC.

Kami di Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB), komited dalam membantu perjalanan KDA FC bagi merealisasikan kejayaan demi kejayaan buat mereka.

Ini langkah permulaan bagi usaha kami, dan pastinya akan ada langkah berterusan bersama KDA FC, Kelab-kelab Penyokong dan seluruh rakyat negeri Kedah khususnya.

Perjalanan ini kita lalui bersama. Tanpa anda anak Kedah, siapalah juga kami yang melaksanakannya.

Sudah tiba masanya kita berbakti bersama-sama untuk Kedah!

Pemilik KDA FC, Ybhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bin Bakar menceritakan strategi bagaimana LSL mampu membantu pasukan KDA FC.

Sessi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KAKB dan KDA FC.

Sessi penerangan Projek LSL bersama pemilik KDA FC, Ybhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bin Bakar.

Ahli Lembaga Koperasi bersama pemilik KDA FC selepas sessi menandatangani MoU.

Semangat! Kekuatan semangat antara KAKB dan KDA FC pastinya menjadi titik sejarah perjuangan bolasepak negeri Kedah.

Sessi percambahan idea bersama pemilik KDA FC dalam merencanakan Program LSL.

1
Syarikat & Individu
1
Tim Wakalah
1
Pakar Sukarelawan

1000 PENAJA

Program LSL mensasarkan 1000 penaja pada tahun pertama (2023) dengan pakej penajaan sebanyak RM2000/sebulan selama 12 bulan bermula dari tarikh penyertaan LSL.

Instagram

instagram.com/Kedah.United

Facebook Page

facebook.com/KedahUnited

Tiktok

tiktok.com/@KedahUnited

Website LSL

anakkedah.com.my/ LokalSapotLokal

E-mail

koperasianakkedahberhad @gmail.com

Whatsapp

hi.jomwasap.my/ KoperasiAnakKedah

Twitter

twitter.com/kedah_united

Telegram

t.me/KoperasiAnakKedah

Youtube

youtube.com/@KedahUnited

Google Maps

goo.gl/maps/ V4QCzaR46LdHHmCS6

Facebook Group

facebook.com/groups/ KedahUnited